BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 2, 2010

hanya utk wanita....terima kasih rapidKL....

assalamualaikum wbt....selamat hari jumaat buat semua..hari yg penuh dgn rahmat..insyaallah..



bermula 1 Disember 2010, rapidKL telah melancarkan bas wanita (dlm tempoh percubaan katanya)

Rapid Bas Wanita adalah bas khas yang disediakan untuk memudahkan kaum wanita menggunakan pengangkutan awam dengan selamat, selesa dan berkeyakinan bersesuaian dengan tema  kami “Lebih Selasa, Lebih Selamat”.

bagi saya, langkah yg diambil oleh rapidKL ni suatu langkah awal yang sangat baik. walaupun belum lagi nampak kesannya, tapi saya percaya ianya merupakan tindakan yg sangat relevan bagi kaum wanita. lihat sahaja lah, sekiranya awak-awak pernah naik bas, duk berhimpit2 ngan ramai orang(terutamanya lelaki, apa perasaan anda..????

rasa xselesa. malu, segan, takut dan sebagainya...saya juga selalu naik bas....dan mengalami perasaan yg sama.. yela, ikutkan hati nak je naik teksi..tp kewangan xmengizinkan. naik bas boleh jimat skit kan..

Tujuan Rapid Bas Wanita diperkenalkan adalah untuk memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan ancaman keselamatan semasa dalam keadaan bersesak-sesak.
Ianya juga merupakan tanggungjawab sosial kami untuk memastikan keselamatan kaum wanita adalah terjamin terutamanya semasa waktu puncak.
secara tidak langsung, kewjudan bas wanita ni jugak dapat mengelakkan gangguan sexual dalam kalangan kaum wanita..pendek kata, banyak la faedah yg dapat diperolehi dengan adanya bas wanita ni...terima kasih xterhingga buat syarikat rapidKL.. 

harap bas wanita ni ada juga kat PENANG...yela, naik bas kat penang macam naik bas kat luar negara jew..duk berhimpit ngan mamat indon, bangla, nepal...eeee....seram!

Faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh penumpang-penumpang wanita adalah:
               i.      Mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa gangguan seksual dan penyeluk saku;
             ii.      Mengelak ketidakselesaan kerana bersentuhan dengan penumpang yang berlainan jantina; dan
            iii.      Lebih menjamin keselamatan sepanjang perjalanan kerana Rapid Bas Wanita ini dipandu oleh pemandu terlatih kami...
wahh....pemandu pun wanita jugak....sgt hebat....

0 comments: